Page 115 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 115
UNIT Sila imbas
4 CETAKAN Info Tambahan Cetakan
http://arasmega.com/qr-link/info-tambahan-cetakan/
(Dicapai pada 8 September 2017)
Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan
kertas, kain, atau bahan lain. Cetakan dapat menghasilkan beberapa keping
hasilan yang disebut edisi. Setiap satu edisi pula merupakan hasil karya asli.
Jenis-jenis Cetakan
Cetakan Timbulan
Permukaan blok atau plat yang timbul disapu dengan dakwat
atau pewarna lalu dicetak di atas permukaan rata seperti kain.
Abdul Latiff Mohidin, Imago Senja, 1968, Woodcut print
No Perolehan : 1971.025
Koleksi Balai Seni Negara Cetakan Stensil/Sarigrafi/Sutera Saring
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.
Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin
foto. Cetakan ini menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau
warna di atas permukaan. MODUL 3
Raja Zahabuddin Raja Yaacob, Luar Dari Yang Tidak, 1972, Sutera saring
No Perolehan : 1974.023
Koleksi Balai Seni Negara
Alat, Bahan, Proses, dan Teknik Penghasilan Cetakan
Jenis
Cetakan Alat Bahan Proses Penghasilan
Alat Kepingan c Lakarkan corak pada blok kayu.
pengukir, linoleum, blok c Ukir corak menggunakan alat pengukir.
penggelek,
Timbulan kayu, dakwat c Gelekkan dakwat pada blok kayu.
sudu, cetak, minyak c Letakkan kertas pada permukaan blok kayu.
kepingan linsid, kertas. c Gosok kertas dengan belakang sudu.
cermin.
c Lukis dan gunting imej atas kertas pendua.
c Letakkan imej yang telah dipotong di atas
Pemidang Kertas untuk kertas permukaan dasar yang hendak
skrin, memotong dicetak.
Stensil
gunting, imej, kertas c Letakkan skrin di atas kertas pendua.
sekuji. mencetak. c Tuang dakwat di sudut atas skrin.
c Ratakan dakwat dengan sekuji.
c Angkat pemidang skrin perlahan-lahan.
NOTA GURU
6.1.1 Guru menyatakan definisi cetakan.
6.1.2 Guru menyatakan jenis cetakan. 107
6.1.3 Guru menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti membuat cetakan.

