Page 90 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 90
MODUL 3
SENI HALUS
Seni halus terbahagi kepada empat, iaitu:
Lukisan, Catan, Arca, dan Cetakan.
3.1: LUKISAN
Murid berupaya:
3.1.1 Menyatakan maksud lukisan.
3.1.2 Menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti melukis.
3.1.3 Menghasilkan semula lakaran idea asas lukisan berpandukan garisan
grid dan contoh lukisan yang diberikan.
3.1.4 Menghasilkan lukisan.
4.2: CATAN
Murid berupaya:
4.1.1 Menyatakan maksud catan.
4.1.2 Menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti mencatan.
4.1.3 Menghasilkan semula lakaran idea asas catan berpandukan garisan grid dan
contoh lukisan yang diberikan dan mewarna menggunakan warna poster.
5.1: ARCA
Murid berupaya:
5.1.1 Menyatakan maksud arca.
5.1.2 Menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti arca.
5.1.3 Menghasilkan lakaran bentuk arca olahan.
6.1: CETAKAN
Murid berupaya:
6.1.1 Mendefinisikan cetakan.
6.1.2 Menyatakan jenis cetakan.
6.1.3 Menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti membuat
cetakan.
6.1.4 Membuat cetakan timbulan berbentuk rupa dengan menggunakan
kaedah cetakan sayuran.
6.1.5 Mengaplikasikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya.
6.1.6 Mempamerkan hasil karya.
82

