Page 92 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 KSSMPK KS
P. 92
UNIT
1 LUKISAN
Lukisan ialah hasil karya seni visual yang menggambarkan objek dengan
garisan. Lukisan ialah hasil karya seni visual berbentuk dua dimensi (2D)
dengan menggunakan media kering seperti pensel, pensel warna, arang,
pen, oil pastel, krayon, dan sebagainya.
Media Lukisan
Pensel Pensel warna Arang
MODUL 3
Pen Oil pastel Krayon
Proses Melukis
1 Pilih objek yang hendak dilukis.
2 Tentukan sudut pandangan, perspektif, ton, bentuk, dan ruang serta bayangan.
3 Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek, dan
ruang hadapan.
4 Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut.
5 Gunakan teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk, dan
ruang serta bayangan.
NOTA GURU
3.1.1 Guru menyatakan maksud lukisan.
84 3.1.2 Guru menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti melukis.

