Page 104 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 104

Membaca
                          Membaca



                        Budaya Kerja Cemerlang
                        Budaya Kerja Cemerlang






   T EM A             Terang cahaya gilang-gemilang,
   TEMA
     6 6                     Suasana senja sungguh memikat;

                      Amalkan budaya kerja cemerlang,
                             Kualiti kerja dapat dipertingkat.

                      Pasang pelita di tepi pintu,
                             Waktu senja gelaplah sudah;
                      Jikalau kita saling membantu,
                             Semua kerja menjadi mudah.

                      Pisang raja dibuat pengat,
                             Dicampur durian menambah perisa;
                      Rajin bekerja penuh semangat,
                             Pasti kejayaan dapat dirasa.

                      Tingginya helang terbang menjulang,
                             Terbang bersama perlu gandingan;
                      Kerjanya cemerlang lagi terbilang,
                             Masyhur nama tiada tandingan.

                      Hati terpikat si gadis sunti,
                             Pergi ke pekan berbaju kebaya;
                      Ikatan muafakat bersatu hati,
                             Kerja berpasukan jadikan budaya.






                           Aktiviti
                           Aktiviti

           1. Baca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
           2. Jelaskan maksud pantun di atas.


          94
          94               2.2.2  Membaca dan menghuraikan maklumat daripada pelbagai bacaan.
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109