Page 99 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 99
Membaca
Membaca
Usaha wan T ani
Usahawan Tani
Muhammad Zikri bin Zainol berasal dari Kampung Parit Tengah, Teluk Intan, Perak.
Beliau menceburi bidang pertanian dengan azam dan tekad untuk menjadi
usahawan yang berjaya. Baru-baru ini, impiannya terlaksana apabila beliau
memenangi Anugerah Usahawan Tani Muda Negeri Perak.
TEMA
Suatu masa dahulu, Muhammad Zikri pernah bekerja dalam sektor T EM A
perkilangan. Walau bagaimanapun, pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan 6 6
jiwanya. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Bermula pada
tahun 2010, beliau menceburi bidang pertanian sepenuh
masa dengan mengusahakan tanah keluarga.
Bermodalkan wang RM1000.00, Muhammad Zikri
memulakan kerja membersihkan tanah dan membeli
peralatan pertanian. Beliau mengorak langkah
mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan. Berkat
kesungguhan dan keazaman yang tinggi, beliau
berjaya memenuhi setiap ruang tanah pertaniannya
dengan pelbagai jenis tanaman.
Muhammad Zikri kini mampu tersenyum lebar
apabila tanaman cili api, terung, halia, serai, lengkuas
dan kunyit memberikan pulangan lumayan. Begitu
juga dengan sayuran hijau seperti kangkung, sawi
dan bayam. Beliau turut mengusahakan tanah terbiar
di kampungnya dengan tanaman pisang dan jagung.
Semua hasil pertanian yang diusahakan mampu
menjanakan pendapatan antara RM5500.00 hingga
RM6500.00 sebulan.
Muhammad Zikri bersyukur kerana hasil titik peluh
berbakti pada tanah, dapatlah beliau menyara
keluarga. Kejayaannya jelas membuktikan kegigihan,
kecekalan dan keberanian untuk menceburi sektor pertanian
mampu meningkatkan taraf hidup. Beliau menyahut seruan kerajaan agar
menjadikan bidang pertanian sebagai perniagaan.
Aktiviti
Aktiviti
Berikan maksud perkataan, rangkai kata dan ungkapan berhuruf tebal.
2.1.2 Membaca untuk memahami maksud perkataan, rangkai kata, istilah, 89
89
ungkapan dan ayat.

