Page 122 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 122

Penilaian 20
                         Penilaian 20

           Baca dan fahami jadual. Bincangkan dalam kumpulan anda, kemudian
           bentangkannya di hadapan kelas.

           Benarkah pencemaran alam mengakibatkan bencana alam? Fikirkan.




    EM
   T
        A
   TEMA
     7 7




                   Perbandingan antara pencemaran alam dengan bencana alam.

              Perkara              Pencemaran Alam                       Bencana Alam
                Punca       Tindakan manusia seperti              Fenomena alam semula
                            pembuangan sampah,                    jadi, faktor cuaca dan
                            pembakaran terbuka,                   pusingan musim.
                            penebangan hutan dan
                            pembuangan sisa toksik.

                Jenis       Pencemaran udara, air, bunyi          Ribut, taufan, banjir,
                            dan tanah.                            tsunami, gempa bumi dan
                                                                  letusan gunung berapi.

                Kesan       Kesihatan terganggu,                  Kemusnahan harta benda,
                            kepupusan flora dan                   kehilangan nyawa dan
                            fauna, kualiti alam terjejas.         penyakit merebak.

              Langkah       Penguatkuasaan                        Perancangan pembangunan
            pencegahan undang-undang alam sekitar                 yang sistematik,
                            dan kempen kesedaran                  sistem amaran awal
                            alam sekitar.                         dan menubuhkan
                                                                  pasukan penyelamat.















          112
          112
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127