Page 124 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 124

Membaca
                          Membaca



                            Hutan Maliau Basin
                            Hutan Maliau Basin

           Inak murid yang pintar dalam pelajaran. Dia tidak pernah ponteng ke sekolah.
           Dia sering mengulang kaji pelajaran setiap kali ada masa terluang. Dia juga

   TEMA    sering membantu ibu dan ayahnya berkebun. Inak amat berminat dalam
   T
    EM
        A
           aktiviti pertanian. Dia juga sering mengikut bapanya ke hutan.
     7 7       “Inak, hutan ini satu anugerah. Ayah tahu kamu terlalu sayang akan Hutan
           Maliau Basin ini. Dunia sentiasa berubah. Manusia mengejar kemajuan, tetapi
           kamu mestilah pelihara hutan kita,” kata Encik Asan, bapa Inak.
               “Baiklah, ayah. Saya tidak akan berpisah dengan hutan ini,” kata Inak.
               “Hutan ini dunia kita. Demi hutan yang kamu sayangi, kamu perlu belajar
           dengan bersungguh-sungguh. Hutan ini memerlukan kamu. Kamu mesti
           mempertahankan hutan ini,” kata Encik Asan lagi.
               “Apakah maksud ayah?” tanya Inak.
               “Dengan ilmu, kamu dapat menguasai hutan ini. Hutan
           kita diancam dengan aktiviti pembalakan tanpa lesen.
           Orang yang tamak mengaut keuntungan tanpa berfikir
           panjang, menceroboh serta memusnahkan flora dan
           fauna,” kata Encik Asan lagi.
               “Baiklah, ayah. Saya berjanji akan memelihara dan melestarikan hutan ini.
           Saya akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan saya dan adik-adik,”
           jawab Inak dengan bersungguh-sungguh.
               “Marilah kita pulang, Inak. Hari pun sudah gelap. Nanti ibu kamu risau pula.
           Bawa semua barang kamu,” kata Encik Asan.
               “Baiklah, ayah,” jawab Inak.
               Encik Asan dan Inak berlalu meninggalkan hutan
           kebanggaan mereka. Inak pulang dengan semangat
           yang berkobar-kobar untuk menyahut seruan bapanya.
           Dia sudah membayangkan ijazah yang akan diterimanya
           suatu hari nanti.
               “Menara gading, tunggulah aku,” getus hati Inak.


                           Aktiviti
                           Aktiviti

           1. Nyatakan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.
           2. Tulis kesudahan cerita berdasarkan gambar kedua.


                          2.2.1  Membaca untuk menyaring maklumat daripada pelbagai
          114
          114
                                    bahan bacaan.
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129