Page 161 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 161

Menulis
                             Menulis                             Kerusi Roda
                                                                 Kerusi Roda
                                                                         Pintar
                                                                         Pintar
             Sebuah  syarikat  elektronik  terkemuka  di  Jepun  telah
             mencipta kerusi roda pintar tanpa wayar yang dipanggil
             Whill Next. Ciptaan terbaharu ini dapat membantu OKU
             bergerak di kawasan lapangan terbang tanpa bantuan
             orang lain. Pada masa yang sama, pengguna juga
                                                                                                     T
                                                                                                      EM
                                                                                                          A
             boleh membawa bagasi bersama-sama.                                                      TEMA
                                                                                                       9 9
                Whill Next ini menggunakan teknologi mobiliti
             autonomi yang turut digunakan untuk mencipta robot.
             Sistem ini sangat istimewa kerana pergerakan kerusi
             roda dikawal dengan menggunakan aplikasi telefon
             pintar. Jika berlaku perlanggaran, kerusi roda itu akan
             berhenti secara automatik.
                Menurut jurucakap syarikat pengendali, sistem ini
             telah dibangunkan bersempena dengan  penganjuran
             Sukan Olimpik Musim Panas 2020
             di Tokyo.  Inisiatif  ini merupakan
             sebahagian daripada program
             untuk mempertingkat kelengkapan
             lapangan  terbang dengan robot.
             Pihak pengurusan lapangan terbang
             berharap agar penggunaan kerusi
             roda pintar ini dapat mengurangkan
             beban kerja kakitangannya.

             (Diubah suai daripada: utusan.com.my)








             IMBAS SAYA


                            Aktiviti
                            Aktiviti

             1. Berdasarkan video dalam kod QR, senaraikan keunikan kerusi roda tersebut.
             2. Mengapakah kerusi roda ini lebih efisien daripada kerusi roda biasa?


                      3.1.1  Menulis maklumat dalam pelbagai media:                               151
                                                                                                  151
                               ii. media elektronik
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166