Page 160 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 160
Membaca
Membaca
P enggunaan Dr on
Penggunaan Dron
dalam Sektor Pertanian
dalam Sektor Pertanian
Pagi-pagi lagi, Fauzan sudah bersiap sedia untuk memulakan tugas. Dia
T EM A memakai pakaian yang sesuai untuk bekerja di bendang. Dia membawa sebuah
TEMA
9 9 dron yang akan digunakan untuk menyembur racun di sawah padi. Dia
mengambil upah menyembur racun menggunakan dron di sawah padi milik
penduduk kampungnya sejak enam bulan yang lalu.
Menurut Fauzan, penggunaan dron untuk menyembur racun tidaklah
semudah yang disangkakan. Selain terpaksa berjemur di bawah terik matahari,
dia juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai padi dan cara yang betul
dan tepat untuk mencampurkan racun.
Fauzan sangat berminat untuk mendalami teknologi baharu terutama yang
berkaitan dengan dron. Lantaran itu, dia berkeyakinan tinggi untuk menjadikan
kemahiran mengendalikan pesawat udara tanpa juruterbang itu sebagai
kerjaya setelah menamatkan pengajian di kolej.
1 2
Aktiviti
Aktiviti
Jelaskan penggunaan teknologi dron dalam bidang pertanian berpandukan
petikan di atas.
2.2.1 Membaca untuk menyaring maklumat daripada pelbagai
150
150
bahan bacaan.

