Page 61 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 61

Jom Berkomunikasi
                       Jom Berkomunikasi

             A. Baca petikan di bawah. Ceritakan kraf tangan yang boleh dihasilkan daripada
                 bahan terbuang bersama-sama rakan anda.


             Azam bin Aziz seorang pemandu teksi. Beliau berasal dari Tawau, Sabah. Beliau
             memiliki kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan kraf tangan menarik daripada
             bahan terbuang. Bermula sebagai hobi, usaha itu kini memberikan pendapatan
             sampingan  kepadanya.  Beliau  memperoleh  pendapatan kira-kira  RM600.00  T             EM  A
                                                                                                     TEMA
             sebulan hasil jualan kraf tangan daripada tin minuman.                                    3 3
                Azam mula mendapat idea dengan menghasilkan kraf tangan untuk hadiah
             bersempena dengan sambutan hari guru di sekolah anaknya. Antara hasil
             kraf tangan yang dihasilkan, termasuklah bekas pen dan pensel. Kraf tersebut
             diperbuat daripada cakera padat (CD) dan batang paip.
             Hasil kreativitinya itu mendapat pujian daripada guru
             di sekolah anaknya. Mereka menempahnya untuk
             dijadikan cenderamata majlis rasmi sekolah.
                Azam sentiasa berusaha untuk menghasilkan pelbagai
             kraf tangan yang unik dan kreatif. Beliau rajin
             bertanya kepada rakan rapat dan kenalannya untuk
             mendapatkan idea ciptaan terbaharu. Beliau juga
             membuat rujukan melalui Internet. Hasil usahanya
             yang gigih, akhirnya tercetus idea untuk menghasilkan
             replika motosikal menggunakan tin minuman. Hasil
             kraf tangan ini mendapat permintaan tinggi daripada
             pelbagai pihak untuk dijadikan cenderamata. Beliau
             turut menghasilkan pelbagai kraf tangan lain seperti
             hiasan bentuk rama-rama dan bunga-bungaan.
                  Selain menghasilkan kraf  tangan, Azam turut
             memiliki bakat melukis, terutama lukisan potret dan
             pemandangan. Beliau menggunakan waktu cuti dengan
             melukis dan menjual hasil lukisan dan kraf tangannya
             di sekitar negeri Sabah. Beliau juga mempromosikan
             kraf  tangan  yang  dihasilkan  secara  dalam  talian,
             terutama dalam laman sosial miliknya.








                                                                                                  51 51
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66