Page 56 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 56

Penilaian 8
                          Penilaian 8


           Bina soalan berdasarkan petikan di bawah.








   T
   TEMA    Puan Aisyah seorang suri rumah yang kreatif.
    EM
        A
     3 3   Beliau mengisi masa lapang dengan menghasilkan
           bunga hiasan daripada beg plastik terpakai. Beliau
           tertarik dengan beg plastik kerana warnanya yang
           ceria. Selain itu, tekstur beg plastik yang lembut
           memudahkan Puan Aisyah membentuk bunga
           mengikut kreativiti.
               Pada mulanya, Puan Aisyah membuat aktiviti
           tersebut sekadar untuk mengisi masa lapang. Beliau
           mempelajari cara membuat bunga plastik melalui
           Internet. Tetamu yang datang ke rumahnya tertarik
           dengan gubahan bunga plastik yang dihasilkan.
               Puan Aisyah mula mengambil tempahan hasil
           kraf tangannya daripada jiran tetangga dan handai
           taulan. Beliau juga  mempromosikan kraf tangan
           gubahannya melalui  laman sosial. Kraf tangan
           yang dihasilkan oleh Puan Aisyah kini mampu
           menjanakan pendapatan sampingan. Selain
           gubahan bunga, beliau juga menerima tempahan
           bunga telur untuk majlis-majlis keraian seperti
           kenduri kahwin, khatam al-Quran dan lain-lain.




















          46
          46
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61