Page 50 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 50

ttttttttt
           UNIT 2                                                                                                                                                                              UNIT 2



           BAHASA SENI VISUAL                                                                                                Ciri-ciri Harmoni

           (PRINSIP REKAAN)



           Prinsip rekaan ialah kaedah atau olahan unsur-unsur seni menjadi sebuah
           karya yang menarik. Penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk,                                                                                Corak
           jalinan,  warna,  dan  ruang  dalam  sesebuah  karya  akan  menimbulkan
           gambaran  serta  mempunyai  nilai  estetika  yang  tertentu.  Terdapat  tujuh                                                                           Corak  yang  harmoni  mempunyai
           prinsip rekaan, iaitu harmoni, kontra, penegasan, kepelbagaian, imbangan,                                                                               ciri-ciri gabungan unsur seni seperti
           kesatuan, serta irama dan pergerakan.                                                                                                                   rupa dan warna.



             2.1  HARMONI



              Fungsi Harmoni



                 Prinsip harmoni ditonjolkan dalam karya seni apabila wujudnya                                                                                     Catan
             1   susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang
                 dan menarik.                                                                                                                                      Karya-karya  catan  yang  harmoni
                                                                                                                                                                   mempunyai  ciri-ciri  yang  terhasil
                                                                                                                                                                   daripada gabungan warna, bentuk,
                                                                                                                                                                   susunan, ruang dan imbangan.
                 Harmoni ditonjolkan untuk menarik perhatian dan menimbulkan
             2
                 nilai-nilai estetik.




                                                                           Info

                                                                       Pelbagai teknik
                                                                       olahan mewujudkan
                                                                       suasana harmoni
                                                                       antaranya ialah                                                                             Grafik
                                                                       susunan motif corak
                                                                       pada batik lukis,                                                                           Karya grafik yang harmoni mempunyai
                                                                       penggunaan warna,                                                                           ciri-ciri  imbangan  muka  taip  dan  reka
                                                                       rupa dan bentuk dari                                                                        letak objek.
                                                                       jenis yang sama, reka
                                                                       bentuk poster melalui
                                                                       susunan unsur rupa
                                                                       yang seimbang.                                              (Sumber: Facebook Tourism Malaysia)

              NOTA GURU                                                                                                     NOTA GURU
      42                                                                                                                                                                                                         43
             2.1.1  Guru menerangkan fungsi harmoni dalam karya.                                                           2.1.2  Guru mengenalkan ciri-ciri harmoni dalam corak, catan dan grafik.
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55