Page 23 - PENGURUSAN DIRI Ting 1 KSSMPK KS
P. 23
MENJAGA KEBERSIHAN BAHAGIAN SULIT LELAKI DAN PEREMPUAN
Penjagaan Bahagian Sulit Lelaki
Membersih bahagian sulit dengan menggunakan air yang bersih selepas
membuang air kecil dan air besar.
Mencuci bahagian sulit pada setiap hari ketika mandi atau mengikut
keperluan dan keadaan.
Menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari atau jika perlu.
Menggunakan sabun yang sesuai untuk membersihkan bahagian sulit.
Tidak menggunakan bedak atau ubat sembur pada bahagian sulit.
Penjagaan Bahagian Sulit Perempuan
Membersih faraj dengan menggunakan air yang bersih selepas membuang
air kecil dan air besar.
Mencuci faraj pada setiap hari ketika mandi atau mengikut keperluan
dan keadaan.
Memakai seluar dalam yang bersih dan selesa.
Menukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari atau jika perlu.
Memastikan faraj berada dalam keadaan kering dan bersih.
Sentiasa menukar tuala wanita 4-6 jam selepas penggunaan semasa haid.
Gunakan pelapik seluar dalam pada masa yang diperlukan sahaja.
Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat supaya faraj tidak
berpeluh untuk mengelakkan jangkitan bakteria.
Tidak menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat
sembur pada bahagian faraj.
Memakai baju dalam yang bersih dan kering serta sesuai
mengikut saiz badan.
Sumber: Modul Pengajaran dan Pembelajaran KSSR Tahun 4 2015 INFO
Bakteria dan virus
Bincangkan akibat hanya dapat dilihat
sekiranya kita tidak menjaga dengan menggunakan
kebersihan bahagian sulit. mikroskop.
1.2.4
12 NOTA • Terangkan kepada murid tentang penjagaan bahagian sulit dengan betul.
GURU • Bincang bersama murid tentang kenyataan dalam KBAT.
• Guru menjelaskan potential of hydrogen (pH) yang sesuai untuk membersihkan
alat sulit.

