Page 132 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 132
laluan lintasan belang
Kenal pasti frasa nama dan frasa kerja dalam petikan.
Melawat ke Pulau Langkawi
Pada cuti sekolah yang lalu, aku sekeluarga berpeluang bercuti ke Pulau
Langkawi yang bersejarah. Aku berasa sangat seronok kerana itulah kali
pertama aku ke sana. Kami menaiki kereta ke jeti Kuala Kedah. Kemudian,
kami menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi.
Kami menginap di sebuah hotel yang terletak di Pekan Kuah. Tempat
pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri. Pelbagai maklumat tentang
sejarah Mahsuri yang kami peroleh sepanjang berada di sana.
Kemudian, kami menaiki kereta
kabel di Gunung Mat Cincang. Kami
sangat seronok kerana pertama kali
menaiki kereta kabel. Kami dapat
melihat pemandangan di seluruh
Pulau Langkawi. Kami sangat gembira
kerana dapat menghirup udara yang 7
segar dan nyaman di sini.
Pada keesokan hari, kami pergi
ke kilang gamat. Kami melihat cara
membuat ubat tradisional berasaskan
gamat. Selepas itu, kami pergi ke
kilang batik yang terletak berdekatan
dengan kilang gamat. Di situ, kami
telah ditunjukkan teknik melukis dan
mencanting batik. Kami juga dapat
membeli kain batik dengan harga
istimewa sebagai buah tangan untuk
dibawa pulang.
Aktiviti
Senaraikan frasa nama dan frasa kerja yang terdapat dalam petikan di atas.
• Murid menulis ayat untuk mengenal pasti frasa nama dan frasa kerja.
KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Kesyukuran, Kasih sayang
KB: Mengelaskan, Mengkategorikan EMK: TMK
123
3.4.1 BCB: Menulis secara mekanis
3.4.2

