Page 128 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 128

B.  Bina soalan berdasarkan pernyataan yang diberikan.


                                             Program 1Keluarga 1Pokok


                   Pada 10 September, bahagian Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan
                   Mutiara Indah telah melancarkan Program 1Keluarga 1Pokok. Majlis pelancaran
                   disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.
                          Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah
                   yang bersih, cantik dan ceria. Program ini melibatkan ibu bapa serta warga
                   sekolah. Mereka dikehendaki menyumbang pokok bunga atau pokok hiasan.
                   Pihak sekolah juga mengalu-alukan sumbangan benih pokok daripada orang
                   ramai. Penyumbang boleh menghantar terus pokok-pokok tersebut ke sekolah.
                          Acara kemuncak Program  1Keluarga  1Pokok ialah aktiviti menanam
                   pokok oleh Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Pengetua Sekolah
                   Menengah Kebangsaan Mutiara Indah.

                   1.  ______________________________________________________________

                        Program 1Keluarga 1Pokok telah diadakan pada 10 September.


                   2.  ______________________________________________________________                         7

                        Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan
                        Daerah.

                   3.  ______________________________________________________________

                        Program tersebut diadakan adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah
                        yang bersih, cantik dan ceria.


                   4.  ______________________________________________________________

                        Ibu bapa dan warga sekolah diminta menyumbangkan satu pokok kepada
                        pihak sekolah.















                                                                                                        119
                                                                                                        119
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133