Page 138 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 138
Baca dan fahami dialog di bawah.
Jiran Baharuku
Manjit: Selamat petang. Nama saya Manjit.
Airil: Selamat petang. Nama saya Airil.
Manjit: Awak baru berpindah ke sini?
Airil: Ya, kami berpindah ke sini minggu lepas. Kami sedang sibuk
mengemas dan menyusun barang-barang.
Manjit: Boleh saya bantu awak? Lagipun kita berjiran. Kita mestilah saling
menolong antara satu sama lain.
Airil: Boleh. Jemputlah masuk. Kamu boleh tolong saya menyusun
buku-buku di rak itu.
Manjit: Baiklah. Awak belajar di sekolah mana dan dalam tingkatan
berapa?
Airil: Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah,
dalam Tingkatan Satu Anugerah.
Manjit: Oh, kita sebaya rupanya! Saya murid Tingkatan Satu Bestari di situ. 8
Bolehlah nanti kita pergi ke sekolah bersama-sama.
Airil: Elok juga cadangan kamu.
Manjit: Apakah yang awak lakukan pada masa lapang?
Airil: Saya akan membaca buku.
Manjit: Wah, bagusnya hobi awak!
Airil: Membaca buku dapat menambah pengetahuan.
Manjit: Betul.
Aktiviti
1. Siapakah nama jiran baharu Manjit?
2. Berapakah umur Manjit?
3. Apakah bantuan yang diberikan oleh Manjit?
4. Ceritakan perihal jiran baharu kamu.
• Murid bersoal jawab tentang cerita.
KBT: KP: Interpersonal Nilai: Menghargai, Semangat bermasyarakat
KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis 129

