Page 143 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 143
Baca dan fahami.
Kebaikan Hidup Berjiran
Mengapakah semangat kejiranan perlu ada dalam masyarakat? Jiran umpama
saudara-mara kita. Tatkala kita berada dalam kesusahan, merekalah tempat
mengadu. Ketika mengadakan majlis keramaian, biasanya jiran yang akan
membantu. Hal ini demikian kerana jiran merupakan orang yang paling hampir
dengan kita.
Rakyat negara kita terdiri daripada berbilang bangsa. Semangat kejiranan
wajar dipupuk untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Oleh itu,
setiap individu perlu memiliki semangat kejiranan yang tinggi tanpa mengira
bangsa, agama dan adat resam. Kita boleh berkunjung ke rumah jiran pada
musim perayaan. Kunjungan kita ke rumah mereka dapat mengeratkan
semangat kejiranan.
Semangat kejiranan juga dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin.
Hubungan yang terjalin akan
memudahkan kita untuk meminta
8 bantuan ketika dalam kesusahan.
Apabila jiran tiada di rumah,
kita boleh memerhatikan rumah
mereka. Begitu juga jika jiran kita
menghadapi saat-saat kesusahan
dan kecemasan, kita hendaklah
bersedia menghulurkan bantuan.
Kesimpulannya, kita mestilah
berbuat baik kepada jiran tetangga
agar hubungan kita sentiasa
aman dan harmoni. Ibarat kata
pepatah, jiran sepakat membawa
berkat.
Aktiviti
Buat rumusan petikan di atas dengan menggunakan peta pemikiran yang
sesuai.
• Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Prihatin, Semangat bermasyarakat
KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
134 2.2.1 BCB: Membaca secara mekanis

