Page 27 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 27
C. Lakukan aktiviti yang berikut.
Eksplorasi Sandwic Telur
Peraturan permainan:
1. Bahagikan murid kepada dua kumpulan.
2. Sediakan tiga stesen di sepanjang trek perlumbaan.
3. Setiap stesen menempatkan seorang petugas yang akan menyerahkan
sampul surat berisi arahan tugasan. Setiap kumpulan dikehendaki
menjawab soalan (klu) sebelum mendapat sampul tugasan.
4. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan akan bergerak ke stesen
yang berikutnya.
5. Setiap kumpulan diberikan masa satu jam untuk menyiapkan tugasan.
6. Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan hasil tugasan kepada juri.
7. Kriteria penilaian berdasarkan rasa, tekstur, kebersihan, kreativiti dan
kerjasama.
1
Stesen 1 Stesen 2
Aktiviti: Mengumpul alatan memasak Aktiviti: Menyediakan sandwic
Arahan dalam sampul A: Arahan dalam sampul B:
Kumpul alatan dan bahan yang Sediakan sandwic telur dengan
diperlukan untuk membuat sandwic telur. berpandukan resipi yang diberikan.
Stesen 3 Stesen Soalan (Klu)
Aktiviti: Hidang dan hias
1. Susun suai gambar sandwic.
Arahan dalam sampul C: 2. Jawab pantun teka-teki.
Hidang dan hias sandwic mengikut 3. Terangkan cara membuat sandwic
kreativiti. telur.
18

