Page 30 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 30

Manfaatkan Masa Lapang

                   Lakonkan dialog di bawah.





                   Cikgu Eda:           Apakah aktiviti yang kamu lakukan pada masa lapang?
                   Asyraf:              Saya mengisi masa lapang dengan melukis, cikgu. Pada
                                         mulanya saya tidak pandai melukis. Ayah telah menghantar
                                         saya belajar melukis.
                   Cikgu Eda:           Apakah yang kamu lukis? Bolehkah kamu tunjukkan lukisan
                                         kamu?
                   Asyraf:              Saya melukis gambar buah-buahan, cikgu. Inilah hasil
                                         lukisan saya.
                   Cikgu Eda:           Bagus,  Asyraf!  Kamu  bijak menggunakan  masa  lapang.
                                         Bagaimanakah dengan kamu, Manjit?
                   Manjit:              Saya suka membaca buku cerita. Banyak pengajaran yang
                                         saya dapat daripada cerita yang saya baca.
                   Cikgu Eda:           Tahniah, Manjit! Kalau  kita rajin dan pandai menggunakan
                                         masa lapang, kita akan mendapat banyak manfaat.                      2
                                         Bagaimanakah dengan kamu, Kok Leong?
                   Kok Leong:           Saya suka beriadah, cikgu. Setiap hujung minggu, saya
                                         akan pergi berjoging di taman rekreasi.
                   Cikgu Eda:           Bagus, Kok Leong! Apakah kebaikan berjoging?
                   Kok Leong:           Berjoging boleh menurunkan berat badan. Berjoging
                                         menjadikan saya lebih sihat dan cergas.
                   Cikgu Eda:           Syabas, kamu semua telah memanfaatkan masa lapang
                                         dengan cara yang berfaedah!









                     Aktiviti
                   1.  Nyatakan aktiviti yang dijalankan pada masa lapang berdasarkan petikan
                        di atas.
                   2.  Bagaimanakah cara kamu menghabiskan masa lapang?


                                      •  Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita.
                                      KBT: KP: Verbal-linguistik                     Nilai: Menghargai, Keberanian, Rasional
                                               KB: Menghubungkaitkan   EMK: Kreativiti dan Inovasi
                             2.1.1             BCB: Membaca secara mekanis                              21
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35