Page 67 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 67
Hari Usahawan Muda
Koperasi Sekolah Menengah Mutiara Indah telah mengadakan Hari Usahawan
Muda. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti jualan, pameran dan permainan
minda. Hari Usahawan Muda ini telah menarik ramai pengunjung untuk
memeriahkan program tersebut.
4
Manjit: Wah, meriah sungguh hari ini!
Asyraf: Ya, Manjit! Saya tidak menyangka sekolah kita mampu menganjurkan
Hari Usahawan Muda semeriah ini.
Manjit: Kita mesti yakin bahawa warga sekolah kita mampu bekerjasama
dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Asyraf: Saya bersetuju dengan awak. Tanpa sokongan dan kerjasama warga
sekolah, kita tidak mungkin dapat merasai pengalaman seperti ini.
Manjit: Oleh itu, sebagai murid, kita harus berasa bangga dengan pencapaian
sekolah kita.
Asyraf: Saya setuju. Manjit, mari kita ke gerai yang menjual makanan.
Aktiviti
1. Bina ayat untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat kamu kerana
berjaya mengadakan gerai jualan sempena Hari Usahawan Muda sekolah.
2. Secara berkumpulan, senaraikan manfaat yang diperoleh melalui program
Hari Usahawan Muda.
• Murid membina ayat ucapan.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bekerjasama, Prihatin, Menghargai
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan
58 3.5.1 BCB: Menulis dengan berkesan

