Page 71 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 71
Hijaukan Sekolah Kita
Baca dan fahami petikan di bawah. Jawab soalan yang diberikan.
4 Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Persekitaran sekolah yang
kondusif akan mempengaruhi murid belajar. Sebagai murid, kita seharusnya
menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap murid akan berasa
selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa,
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu
mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.
“Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok
bunga dan tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Tujuannya supaya
persekitaran sekolah lebih nyaman dan udara lebih segar. Murid digalakkan
membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah.
Landskap yang cantik perlu mempunyai kolam ikan, air terjun buatan, pondok
bacaan dan wakaf. Oleh hal yang demikian, murid akan lebih selesa dan
berminat untuk menuntut ilmu.
Aktiviti
1. Jelaskan maksud hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
2. Bagaimanakah cara untuk mengindahkan kawasan sekolah kita?
• Murid menjawab soalan daripada teks yang dibaca dengan beradab.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Bertanggungjawab, Kesyukuran
KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi
62 2.2.1 BCB: Membaca dengan berkesan

