Page 77 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 77
Kepentingan Pusat Sumber
Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.
4
Setiap sekolah dilengkapi dengan sebuah pusat sumber untuk kegunaan
warganya. Pusat sumber ialah tempat untuk memperoleh pelbagai maklumat
dan pengetahuan. Pengunaan pusat sumber yang optimum menjadikan tahap
pembelajaran murid lebih meningkat. Pusat sumber menyediakan tempat
membaca yang kondusif.
Lazimnya pusat sumber sekolah menyediakan ruang belajar secara
berkumpulan. Selain itu, terdapat juga ruang rehat yang santai dan selesa.
Pusat sumber juga membentuk disiplin pembelajaran murid. Mereka akan
belajar menjaga buku yang dipinjam dan memulangkannya pada masa yang
ditetapkan. Murid perlu mematuhi peraturan semasa berada di pusat sumber.
Aktiviti
1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
2. Mengapakah pusat sumber penting?
• Menjawab soalan daripada teks yang dibaca dengan beradab.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Kejujuran
KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
68 2.2.2 BCB: Membaca dengan berkesan

