Page 76 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 76

UNIT
                      12         Pusat Sumber Cemerlang












                                              Membaca Jambatan Ilmu






                   Ikan kelisa di balang kaca,
                          Cantik dilihat pandang tak jemu;
                   Jadilah bangsa suka membaca,
                          Buku ibarat lautan ilmu.


                   Makan dalca bersama roti,
                           Roti ditambah dalam hidangan;
                   Budaya membaca semat di hati,
                           Ilmu bertambah jadi sanjungan.
                                                                                                              4

                   Masak ikan di rumah Pak Mamat,
                            Untuk hidangan dalam jamuan;
                   Buku menyimpan banyak maklumat,
                             Menjadi rujukan para ilmuan.


                   Buah duku di atas meja,
                            Di pinggan kaca untuk tetamu;
                   Bacalah buku di mana saja,
                           Kerana membaca jambatan ilmu.









                     Aktiviti

                   1.  Berikan maksud rangkap kedua pantun.
                   2.  Berikan pendapat kamu tentang kepentingan membaca.


                                    •  Menyampaikan pendapat dengan beradab kepada guru dan murid.
                                    KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis     Nilai: Kerajinan, Bertanggungjawab, Menghargai
                                            KB: Menjanakan idea                   EMK: Kreativiti dan Inovasi
                             1.2.2                                                                      67
                                            BCB: Mendengar dengan berkesan
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81