Page 8 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 8
Ikon yang terdapat dalam buku ini adalah seperti yang berikut:
Kemahiran Mendengar
dan Bertutur KBAT
Kemahiran Membaca Aktiviti Aktiviti
Kemahiran Menulis ? Uji Minda
Kod Carian Pantas
Penilaian Tema
(QR Code)
Panduan Guru 3.1.1 Nota Standard
Pembelajaran
Kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti
dimasukkan secara langsung dan tidak langsung ke dalam buku teks ini. Selain itu, maklumat
tambahan yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dalam bentuk kod bar
diperkenalkan dalam buku teks ini. Maklumat tersebut dapat diimbas melalui telefon pintar
yang mempunyai aplikasi QR Reader. Kemahiran berfikir murid diperluas melalui pendekatan
pemerolehan maklumat, penyelesaian masalah, sumbang saran, peta pemikiran dan
persembahan yang pelbagai. Akhir kata, melalui penggabungjalinan pelbagai elemen dan
kemahiran, penulis berharap murid akan memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran
Bahasa Melayu Komunikasi, seterusnya mencetuskan minda yang kreatif, mengamalkan
etika dan nilai murni.
Suraya binti Bai
Asmah binti Abdul Hamid
v v

