Page 84 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 84

Malang Tidak Berbau

                   Baca petikan di bawah dan berikan makna perkataan yang berhuruf tebal.



























                                                                                                              5





                   Loges dan Manjit sedang berjalan pulang ke rumah selepas bermain bola
                   di  padang. Sewaktu berjalan pulang mereka  asyik membaling bola antara
                   satu sama lain dan bergurau tanpa menghiraukan keselamatan diri. Tiba-tiba,
                   Manjit tersepak batu lalu terjatuh di atas jalan raya.
                         Sebuah kereta yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak
                   lalu terlanggar Manjit. Manjit bernasib baik. Dia hanya cedera ringan. Pemandu
                   kereta tersebut segera membawa Manjit ke klinik yang  berhampiran untuk
                   mendapatkan rawatan.
                        Doktor menasihati mereka supaya berhati-hati di jalan raya. Mereka
                   meminta maaf atas kelalaian tersebut. Loges dan Manjit insaf dan berjanji
                   tidak akan mengulangi kesilapan mereka.



                     Aktiviti

                   Berikan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan peristiwa tersebut.

                                     •  Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya.
                                     KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis              Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Kesyukuran
                                             KB: Menjanakan idea                            EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
                                                                                                        75
                             2.1.1           BCB: Membaca dengan berkesan
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89