Page 88 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 88

UNIT
                      14         Pandu Cermat Jiwa Selamat










                                                Elakkan Kemalangan


                   Teliti gambar di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

                   Mili dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti
                   di Taman Tema. Walaupun letih, mereka berasa sangat seronok. Ayah Mili
                   memandu kereta dengan berhati-hati. Tiba-tiba kereta ayah Mili terlanggar
                   sesuatu dan terbabas ke tepi jalan raya. Rupa-rupanya, ayah Mili terlanggar
                   besi cerucuk jalan dan tayar keretanya pecah. Selepas menukar tayar ganti,
                   mereka meneruskan perjalanan. Mereka bersyukur kerana tidak mengalami
                   sebarang kecederaan.





                                                                                                              5























                     Aktiviti

                   1.  Di manakah keluarga Mili pergi bercuti?
                   2.  Mengapakah kereta bapa Mili terbabas?
                   3.  Mengapakah kita perlu merancang perjalanan kita?
                   4.  Berikan slogan yang sesuai dengan peristiwa tersebut.


                                     • Menyatakan soalan dan jawapan dalam sesi perbincangan dengan beradab.
                                     KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis      Nilai: Berhati-hati, Bertanggungjawab, Kesyukuran
                                             KB: Menghubungkaitkan               EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
                             1.3.2           BCB: Mendengar dengan berkesan                             79
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93