Page 154 - Pendidikan Islam Ting 4 KSSMPK KS
P. 154

Baca dengan telitinya.



                                             Maksud Sifat Malu



               Maksud malu

               Malu ialah sifat  terpuji yang  akan  mendorong seseorang untuk meninggalkan
               percakapan dan perbuatan yang buruk serta mampu menghalang dirinya
               daripada melakukan perkara mungkar.
         akhlak




               Dalil sifat malu










               Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Iman
               memiliki lebih daripada enam puluh cabang dan malu adalah sebahagian
               daripada iman.”
                                                                                                                 (Riwayat al-Bukhari)





               Huraian

               •  Perasaan  malu  akan  mendorong  seseorang  mendekatkan  diri  kepada
                   kebenaran dan kebaikan.
               •  Orang yang tidak memiliki sifat malu akan melakukan perkara maksiat dan
                   perbuatan yang dilarang Allah SWT.

               •  Orang  yang  memiliki  sifat  malu  tidak  akan  melakukan  sesuatu  perkara
                   dengan  sesuka hati tanpa mengira dosa dan pahala.
               •  Sifat malu mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan yang buruk.



                                            Apakah yang akan berlaku
                                            sekiranya manusia hilang
                                            sifat malu?
              148

                                    l  Bincang dengan murid tentang sifat malu.                    8.1.1
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159