Page 159 - Pendidikan Islam Ting 4 KSSMPK KS
P. 159

Minda Aktif



                 Senaraikan isi penting berkaitan dengan sifat malu daripada
                 lirik dikir barat di bawah.


                                       eh wau bulan, eh wau bulan
                                       eh wau bulan teraju tiga (2x)
                                       Ini malam sama-sama
                                                                                                               akhlak
                                       Sama-sama bersuka ria. (2x)

                                       Sifat malu sifat terpuji
                                       Kebaikannya banyak sekali
                                       Perbuatan keji dapat dihindari
                                       Mendekatkan diri pada Ilahi.


                                       Orang pemalu sentiasa berusaha
                                       jauhkan diri daripada perkara cela
                                       Menghalang diri daripada dosa
                                       Maruah diri dapat dipelihara.


                                       Ayuh kawan, ayuh teman
                                       Amalkan malu dalam kehidupan
                                       Malu bertempat, itulah tuntutan
                                       Semat di hati dilupa jangan.


























                                                                                                      153
                                   l  Minta murid menyanyikan dikir barat di atas secara beramai-ramai.
                                   l  Bimbing murid menjalankan aktiviti di atas.
                                   l  Minta murid membincangkan isi penting berkaitan sifat malu.
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164