Page 82 - Pendidikan Islam Ting 4 KSSMPK KS
P. 82

Uji Minda 1


               Baca dan bincangkan.





                    Madah Kasih Ayahanda Bonda



               Kata ayahandaku
         hadis  Tika bercakap biar bersopan
               Tika bersuara maniskan tutur kata
               Tika berbicara rendahkan suara
               Tika berkata-kata kesantunan dijaga
               Tika menegur dengan berhikmah.

               Kata bondaku
               Percakapanmu anakku, jangan diiringi dusta
               Berbicara hal orang lain cuba elakkan
               Berkata kesat jangan dilakukan
               Meninggi diri jangan diamalkan
               Elakkan memfitnah ketika berbual.

               Kata ayahanda dan bondaku
               Tika  bertemu rakan ucaplah salam
               Tika mendapat pertolongan, ucapkan terima kasih
               Tika melakukan kesalahan, kemaafan dipinta
               Tika rakanmu mendapat kejayaan, ucapan tahniah dilupa jangan
               Tika sahabatmu didatangi kecelakaan, ucapan takziah perlu diberikan
               Berfikir dahulu sebelum berbicara
               Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata.
               Itulah bicara kata bersopan
               Madah berkasih jadikan amalan
               Dalam pergaulan kehidupan harian.












              76

                                 l  Minta murid mendeklamasikan sajak.
                                 l  Bincang dengan murid tentang kandungan sajak sebelum membuat aktiviti berikutnya.
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87