Page 12 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 12
Menulis
Projek Alam Hijau
Setelah berbincang, penduduk Taman
Seri Damai bersepakat untuk mengadakan
Projek Alam Hijau. Projek Alam Hijau
ialah aktiviti tanaman semula pokok bagi
menggantikan pokok yang telah mati. Setiap
ahli komuniti membawa anak pokok dan
baja. Mereka juga mendapat kerjasama
daripada majlis perbandaran dari segi
sumbangan peralatan tanaman.
Aktiviti penanaman semula pokok
telah selesai dengan sempurnanya.
Pokok-pokok di taman kembali
menghijau. Suasana di Taman
Seri Damai semakin ceria. Semua
penduduk bangga atas kejayaan
usaha mereka berganding bahu
dalam Projek Alam Hijau.
Aktiviti
Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan
berangkai.
• Bimbing murid menulis ayat dalam perenggan menggunakan tulisan berangkai
Nota
Guru dalam buku latihan.
4 3.1.1 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Semangat Bermasyarakat
KPM

