Page 11 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 11

Membaca




                       Bank Rezeki Bergerak

             Rakan Taman Seri Damai telah
             melancarkan Program Bank Rezeki
             Bergerak di pekarangan Dewan Utama
             Taman Seri Damai.

                Program Bank Rezeki Bergerak bertujuan untuk mengurangkan
             pembaziran bahan makanan dalam kalangan penduduk, pengusaha kedai
             runcit dan pasar raya. Di samping itu, program ini dapat meringankan
             bebanan golongan miskin, orang kurang upaya, penghuni rumah anak
             yatim dan penghuni rumah orang tua.

                Program Bank Rezeki Bergerak mendapat sokongan seluruh penduduk
             Taman Seri Damai. Mereka turut memberikan sumbangan tenaga. Mereka
             juga aktif mengumpulkan dan mengkategorikan barangan keperluan
             harian untuk disalurkan kepada Bank Rezeki Bergerak.

                Makanan yang boleh disumbangkan ke dalam Bank Rezeki Bergerak
             ialah makanan kering dan makanan basah. Makanan itu termasuklah
             beras, biskut, telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.

                Inisiatif murni ini juga mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan,
             iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi swasta turut menyumbang.
             Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana kesepakatan
             yang kukuh oleh semua pihak.



                      Maklumat Tersurat                                Respons
              Program ini dapat meringankan         Kita mestilah sentiasa membantu golongan
              bebanan golongan miskin, orang        miskin, orang kurang upaya, anak yatim
              kurang upaya, penghuni rumah          dan orang tua bagi meringankan kesusahan
              anak yatim dan penghuni rumah         mereka.
              orang tua.


                   Aktiviti
             Membaca dan memahami maklumat tersurat untuk memberikan respons.

                      • Bimbing murid membaca dan menyatakan maklumat tersurat untuk memberikan respons.
               Nota
               Guru    Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual   KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
               2.1.1   EMK: Nilai Murni – Saling Membantu                                         3
                                                                                                KPM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16