Page 126 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 126

Menulis
                                          Duta Kecil Malaysia

           Afifi bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia membaca
           sebuah rencana dalam majalah Dewan Siswa.

            Rencana Siswa



               ari segi sejarah, Malaysia telah menghantar ramai pelajar melanjutkan
           Dpelajaran ke luar negara. Berdasarkan perangkaan pada tahun 2015, jumlah
           pelajar Malaysia di luar negara hanyalah seramai  86 570 orang. Jumlahnya
           meningkat kepada 98 379 orang pada tahun 2016. Kebanyakannya menuntut ilmu
           di Australia, United Kingdom, Jepun, Korea, Mesir dan Arab Saudi.

                Biasanya, mereka ke sana dengan pembiayaan sendiri atau mendapat tajaan
           biasiswa daripada kerajaan atau pihak swasta. Bagi pelajar tajaan, mereka terikat
           dengan terma dan syarat biasiswa. Mereka akan berkhidmat dengan kerajaan
           atau penaja mereka apabila tamat tempoh pengajian kelak.

                Kepelbagaian bangsa penuntut Malaysia membentuk komuniti yang bersatu
           dalam kelab beraspirasi Malaysia. Misalnya, penubuhan Kelab Pelajar Malaysia
           United Kingdom dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat.
           Pelbagai program diatur agar kebajikan mereka di perantauan terjaga dan
           hubungan sebagai sebuah keluarga besar erat terjalin.

                Kerajaan, melalui Jabatan Penuntut Luar, selalu memantau dan mengingatkan
           pelajar agar mempunyai jati diri yang mantap. Mereka juga dituntut untuk menjadi
           warganegara yang mengamalkan sikap dan nilai murni
           sepanjang di perantauan.
                Kesimpulannya, sebagai duta kecil
           Malaysia di luar negara, penuntut mestilah
           menjaga nama baik dan imej Malaysia.
           Mereka juga disarankan agar menguar-uarkan
           keunikan dan kejayaan Malaysia
           di luar negara.




                  Aktiviti
           Menulis teks prosa yang diimlakkan.

                            • Bimbing murid menulis teks prosa yang diimlakkan.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: Belajar Cara Belajar             KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
          112       3.2.4     EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
          KPM
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131