Page 128 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 128

Tatabahasa


                      Kejuaraan Warga Malaysia

           Afifi, Tinesh dan Kai Jun membaca petikan berita
           tentang kejayaan pelumba basikal negara.

                                                                                                 2


           Malaysia melahirkan seorang lagi pelumba basikal berbakat, iaitu Muhamad
           Nur Aiman Mohd Zariff, dalam siri Le Tour de Langkawi (LTdL). Kejayaan rakan
           sepasukan, Mohd Harif Salleh, sebelumnya telah memberi beliau motivasi.

               Lebih membanggakan, pelumba Team Sapura Cycling (TSC) itu menamatkan
           keluh-kesah penantian bagi gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) sejak edisi pertama
           pada tahun 1996. Pencapaian gemilang itu meletakkan
           beliau sebaris dengan atlet lumba basikal seperti Anuar
           Manan dan Adiq Hussaini Othman.
               Kayuhan pantas tanpa gopoh-gapah dan peka akan
           tindak-tanduk lawan ialah kunci kejayaan beliau. Teknik
           kayuhan yang betul di jalan raya yang dikelilingi bukit
           bukau dan gunung-ganang akhirnya membuahkan hasil
           kepada beliau.
               Rakan pelumba, Mohd Harif Salleh, teruja akan kejayaan
           beliau. Harif sudah menganggap Aiman seperti saudara-mara
           sendiri. Mereka juga sering berulang-alik ke Kuala Lumpur
           untuk bertanding dalam beberapa kejohanan.

               Selok-belok pertandingan dan pengalaman telah mengajar
           mereka erti juara. Sememangnya, mereka layak bersaing dalam
           kejohanan besar. Warna-warni
           kejayaan itu sebagai hadiah kepada             Munsyi Cilik
           negara daripada warganegara yang
           gigih berjuang.                            Kata ganda berentak ialah kata yang menggandakan
                                                      kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.
         (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada    Kata ganda berentak dibahagikan kepada tiga, iaitu
         BH Online, 16 Februari 2020)                 kata ganda berentak pengulangan vokal, kata ganda
                                                      berentak pengulangan konsonan dan kata ganda
                  Aktiviti                            berentak bebas.
           Menyenaraikan dan membina
           ayat dengan menggunakan kata ganda berentak.

                            • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme     KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
          114       5.2.3     EMK: Nilai Murni – Patriotisme
                     (iii)
          KPM
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133