Page 151 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 151
Tatabahasa
Mari Kita Berinovasi
Farisha dan ayahnya cuba menghasilkan satu ciptaan daripada buku Jimat dan
Mudah dengan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
“Farisha, mari kita hasilkan alat inovasi perangkap nyamuk,” kata Encik Farid.
“Baiklah, ayah. Adakah alat ini memudaratkan kita? Tolong ayah beritahu
keistimewaan alat ini,” ujar Farisha.
“Usah risau, Farisha. Keistimewaan alat ini tiada penggunaan bahan kimia
berbahaya. Penghasilan alat ini juga mudah dan jimat,” jelas Encik Farid.
“Kalau begitu, silalah ayah beritahu bahan-bahan yang kita perlukan,” minta Farisha.
“Mula-mula, minta sediakan bahan seperti botol plastik 1.5 liter, 200 mililiter air,
50 gram gula merah, 11 gram yis dan kertas pembalut hitam. Kemudian, ”.
Tambah yis bagi menghasilkan
Campurkan gula merah karbon dioksida. (nyamuk
Potong botol plastik. dengan air. tertarik akan karbon dioksida)
Letakkan bahagian corong, Balut botol dengan kertas hitam. Tunggu dan lihat hasil dalam
terbalik, ke dalam separuh Kemudian, letakkannya di sudut masa dua minggu.
botol tadi. rumah.
Munsyi Cilik
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Contoh: ayat suruhan, ayat larangan (kata larangan jangan dan usah),
ayat silaan (kata silaan sila dan jemput) dan ayat permintaan (kata permintaan
Aktiviti minta dan tolong).
Mengenal pasti kata perintah dan melengkapkan dialog dengan
membina ayat perintah.
• Bimbing murid memahami dan membina ayat perintah mengikut konteks.
Nota
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mencipta – Menghasilkan
5.3.2 EMK: Kreativiti dan Inovasi 137
(ii)
KPM

