Page 155 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 155

Penilaian


              (A)  Baca kisah pengembaraan Didi dan ramalkan kesudahan cerita itu
                  berdasarkan gambar. Kemudian, cari makna perkataan yang
                  berwarna hijau.
                                                Didi di Angkasa

              Didi tercampak jauh di kawasan lapang. Roket yang dinaikinya hancur. Mujurlah sut
              pakaian angkasanya masih elok. Dapatlah dia bernafas dengan tangki oksigen yang
              masih ada. Dia tidak pasti sama ada dia di Bulan atau di sebuah planet lain.

                 Tiba-tiba, Didi terkejut apabila melihat sebuah jentera meluncur laju di hadapannya.
              Jentera itu nampak begitu canggih dan moden. Dengan pantasnya, Didi menyorok
              di sebalik batu besar. Dia ingin memerhatikan situasi yang akan berlaku.
                 Jentera itu berhenti. Dua buah robot keluar dari jentera itu. Robot pertama
              menerbangkan dron untuk mengesan sesuatu. Robot kedua pula mengawal tempat
              dengan selaras senjata moden. Didi bimbang akan keselamatannya. Dia hanya
              mampu mengintipnya dan mendiamkan diri.
                 Seketika kemudian, robot-robot itu menaiki jentera kembali. Dalam beberapa saat,
              jentera itu terbang laju, lalu hilang daripada pandangan.
                 “Tentu jentera itu menggunakan kuasa roket,” fikir Didi.
                 Didi keluar dari persembunyiannya. Tiba-tiba, dia terpijak sejenis alat mirip sebuah
              telefon pintar. Alat itu mungkin tercicir semasa robot itu menjalankan operasi. Dalam
              fikiran Didi sekarang hanyalah untuk kembali ke Bumi. Dia mungkin berpeluang
              dengan menggunakan alat perhubungan itu.












              (B)  Bina ayat majmuk peluasan subjek dan predikat pada ayat di bawah.

                 1.  Roket    yang dinaikinya hancur. (peluasan subjek)
                 2.  Jentera itu berhenti   . (peluasan predikat)
                 3.  Robot pertama menerbangkan dron untuk mengesan sesuatu         . (peluasan
                    predikat)
                 4.  Didi keluar dari persembunyiannya    . (peluasan predikat)
                 5.  Alat     itu mungkin tercicir semasa robot itu menjalankan operasi   . (peluasan
                    subjek dan predikat)



               1.3.1
               2.1.2
                                                                                                141
               5.3.1                                                                            141
                                                                                                KPM
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160