Page 170 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 170
Tatabahasa
E-Sisa Mudah alih
Afifi dan rakan-rakan mendengar ceramah semasa E-Sisa
perjumpaan mingguan Kelab Lestari Alam di sekolah. Mudah Alih
Situasi 1
Situasi 1
Selamat sejahtera, murid-murid. Saya akan
menyampaikan ceramah tentang e-sisa mudah alih.
Banyak maklumat akan saya kongsikan dengan kamu.
Program ini adalah untuk memberi kita kesedaran
tentang kepentingan pelupusan e-sisa mudah alih
secara mesra alam. Telefon bimbit, telefon pintar, tablet
dan aksesorinya perlu dikitar semula dengan cara yang
betul. E-sisa mudah alih ini perlu kita serahkan kepada
pengumpul. Selain itu, kita juga digalakkan untuk
membaik pulih peranti mudah alih secara selamat.
Dengan amalan ini, aktiviti perlombongan bahan
baharu dapat kita kurangkan. Komponen berbahaya
yang boleh menjejaskan kesihatan akan terhindar.
Kita perlu berazam untuk menjaga alam sekitar bagi
mengelakkan pencemaran.
Situasi 2
Situasi 1
21:14 21:14 21:14
– mendengar ceramah – – bertanya soalan – – difahami oleh Afifi
Aktiviti
Mengenal pasti dan membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks.
• Bimbing murid memahami dan membina ayat aktif, dan ayat pasif mengikut konteks.
Nota
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina
156 5.3.3 EMK: Kelestarian Global
KPM

