Page 168 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 168

Menulis
                                   Buang Sampah Dapat Wang

        Wah, sekolah kita sudah ada tong buang
        dan tebus ini! Banyak manfaatnya.
                                                                    Ya, kita boleh
                                                                    menggalakkan amalan
                                                                    kitar semula sambil
                                                                    mendapat ganjaran
                                                                    wang tunai.


                                                                Inilah kad ucapan tahniah yang
                                                                akan kita berikan kepada guru
                                                                besar atas usaha itu.


















        Tuan guru besar,
             Ibu bapa kami juga akan berganding bahu agar program ini terus mencapai
        objektifnya. Sebagai ibu bapa, mereka  juga akan memberi kami galakan untuk
        menggunakan tong buang dan tebus. Nasihat mereka, wang yang kami dapat
        hanyalah sebagai galakan tetapi yang lebih utama ialah ilmu tentang penjagaan
        alam sekitar.

             Kami akan terus menyokong usaha murni ini. Kami akan berkempen agar semua
        warga sekolah ini dapat memanfaatkan tong tersebut. Sesungguhnya, kebersihan
        alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama.

                                                                              Kami yang ikhlas,
                                                                       Murid-murid Kelas 5 Ceria




                  Aktiviti
           Menulis ayat dalam perenggan berdasarkan kad ucapan dalam bentuk
           tulisan berangkai.

                            • Bimbing murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan
                     Nota
                     Guru    berangkai.
          154       3.1.1     Strategi PdP: Belajar Cara Belajar              KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                              EMK: Kreativiti dan Inovasi
          KPM
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173