Page 219 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 219

Menulis

                                         Penternak Berintegriti
            Afifi membaca kisah seorang penternak lembu yang menerima
            Anugerah Hari Integriti Peladang.

                                           Sejak muda, Pak Ramli telah menternak lembu. Beliau
                                           mula belajar menternak lembu daripada bapa beliau.
                                           Walaupun tidak mendalami bidang penternakan,
                                           Pak Ramli tetap gigih menolong bapa beliau mengurus
                                           ternakan tersebut. Lama-kelamaan, beliau mula yakin
                                           untuk menternak lembu sendiri.

                                              Beliau sentiasa ingat akan pesanan bapa beliau
                                           supaya menjadi penternak yang amanah, jujur dan
                                           bertanggungjawab.

                                              “Ramli, haiwan ternakan kita jangan dibiarkan
                                           terlepas merata-rata dan mengganggu ketenteraman
            orang. Orang ramai pasti tidak suka jika haiwan itu membuang najis merata-rata,”
            pesan bapa beliau dahulu.

                Walaupun kandang lembu hanya sekangkang kera dan jauh dari penempatan
            jiran, Pak Ramli tidak akan melepaskan lembu itu berkeliaran. Beliau sanggup
            mendapatkan bekalan rumput dari tempat lain untuk makanan lembu itu. Beliau
            risau, jika dilepaskan, lembu itu akan merosakkan tanaman jiran. Beliau juga
            mementingkan kebersihan kandang supaya tidak menimbulkan ketidakselesaan
            kepada orang lain.
                 Sikap bertanggungjawab Pak Ramli amat disenangi masyarakat sekitar. Hal ini
            menyebabkan daging lembu beliau laris dalam pasaran. Beliau berjaya untuk
            melebarkan perniagaan dengan menjual daging lembu sejuk beku.
                Atas daya usaha dan sikap Pak Ramli
            itu, beliau dianugerahi Tokoh Anugerah
            Hari Integriti Peladang. Dalam ucapan,
            beliau mengingatkan para penternak dan
            petani supaya bersikap jujur dan sentiasa
            peka akan hak-hak orang lain.






                   Aktiviti
             Menulis teks yang diimlakkan.

                      • Bimbing murid menulis teks prosa yang diimlakkan.
               Nota
               Guru     Strategi PdP: Belajar Cara Belajar   KBAT: Mengaplikasi – Menyesuaikan
               3.2.4    EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab                                     205
                                                                                                KPM
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224