Page 221 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 221

Pemulihan


             Baca dan persembahkan karya dengan pelbagai bentuk penyampaian.
                                     Pemandu Teksi yang Prihatin

             Afifi dan kawan-kawan saling berkongsi cerita yang boleh diteladani melalui
             panggilan video. Tinesh turut mengambil peluang tersebut.


                                   Hai, kawan-kawan! Saya ingin menceritakan pengalaman ibu
                                   saudara saya, Mak Cik Gauri. Beliau ialah orang kurang upaya.
                                      Pada suatu hari, Mak Cik Gauri menempah perkhidmatan teksi.
                                   Teksi itu tiba tepat pada masanya. Pemandu itu menyedari beliau
                                   bertongkat. Pemandu itu segera membantu beliau.
                                      Semasa dalam perjalanan, pemandu itu bercerita bahawa beliau
                                   sepatutnya pulang segera ke rumah. Hari itu ialah hari ulang tahun
                                   kelahiran anak beliau. Namun begitu, beliau terlupa untuk
                                   mematikan sistem tempahan teksi. Oleh sebab itu, beliau perlu
                                   menghantar Mak Cik Gauri dahulu.
                                      Apabila tiba di hospital, pemandu itu terus mendapatkan kerusi
                                   roda. Hal ini membuatkan Mak Cik Gauri terharu. Jika pemandu itu
                                   membatalkan tempahan, mungkin tiada teksi lain. Waktu itu ialah
                                   waktu puncak, iaitu waktu aliran lalu lintas yang paling sibuk. Untuk
                                   pemandu teksi itu, dengarlah pantun ini.
                                                    Ikan patin sedapnya rasa,
                                                         Dicampur halia dibuat gulai;
                                                    Pemandu prihatin sangat berjasa,
                                                         Pekerti mulia tidak ternilai.


                 Pengayaan

             Berdasarkan cerita di atas, jelaskan pertimbangan dan keputusan.

                                                                             Saya membatalkan
                Saya menerima                Jika kamu seorang               tempahan kerana
                tempahan kerana              pemandu teksi                   _________________ .
                ______________ .             dan sedang
                                             terperangkap
                                             dalam kesesakan
                                             jalan raya,
                                             apakah respons
                                             kamu terhadap
                                             tempahan dalam              Saya akan _________
                                             talian itu? Jelaskan.       kerana ____________ .
               2.2.1
               2.3.2
                                                                                                207
                                                                                                KPM
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226