Page 40 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 40

Membaca
                                    Ibarat Musuh dalam Selimut

           Farisha sedang membaca poster tentang penyakit berbahaya dalam
           Internet. Kakaknya membantu dia mencari makna perkataan yang sukar
           berkaitan dengan penyakit-penyakit tersebut.



              Penyakit Berbahaya
              Penyakit Berbahaya

              Influenza
              • Jangkitan pada salur pernafasan.         Pencegahan Awal
              • Penyakit ini disebabkan oleh virus       •  Kerap basuh tangan
                influenza.                                 dengan cara yang betul.
              CovID-19                                   •  Tutup mulut dengan
              • Keluarga virus seperti                     tisu atau tangan
                Sindrom Pernafasan Akut                    ketika batuk atau bersin.
                yang Teruk (SARS).                       •  Gunakan pelitup muka.
              • Jangkitan pada salur                     •  Jaga kebersihan persekitaran
                pernafasan.                                di rumah dan di tempat awam.
              Demam Campak                               •  Elakkan diri daripada individu yang
              •  Jangkitan akut terhadap kanak-kanak       bergejala.
                disebabkan oleh virus measles.           •  Jumpa doktor jika mempunyai
              •  Pesakit mengalami gejala jangkitan        tanda-tanda awal gejala.
                pernafasan dan ruam pada kulit.          •  Ambil suntikan vaksin yang
              Polio                                        ditetapkan oleh Kementerian
              •  Penyakit ini disebabkan oleh virus polio.  Kesihatan Malaysia.
              • Virus ini menyerang sistem saraf dan
                menyebabkan kelumpuhan kekal.            Kakak, ada perkataan yang
              • Penyakit ini membawa maut jika berlaku   saya tidak faham maknanya.
                kegagalan pernafasan.


               Tanda-tanda Awal

              • Selesema        • Muntah
              • Demam           • Cirit-birit  • Sakit tekak
              • Sukar bernafas   • Batuk    • Sakit kepala


                                                                              Kalau begitu, mari kita
                  Aktiviti
                                                                              cari makna perkataan
           Membaca dan merujuk kamus dan media
                                                                              itu dalam kamus.
           elektronik untuk mencari makna perkataan yang tepat.

                           • Bimbing murid mencari makna dengan menggunakan kamus dan media elektronik.
                     Nota
                     Guru    Strategi PdP: Belajar Cara Belajar            KBAT: Menganalisis – Menerangkan
           26       2.1.2    EMK: Nilai Murni – Kesihatan
          KPM
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45