Page 38 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 38

UNIT 4         Bahaya dalam Senyap



                  Mendengar dan Bertutur

                                                 Imunisasi
           Farisha dan Farhana menemani ibu mereka membuat pemeriksaan
           kesihatan percuma. Pemeriksaan ini diadakan di pasar raya. Farisha
           dan Farhana mengambil kesempatan menonton dokumentari tentang

           imunisasi.
                                Tahukah kamu maksud imunisasi? Imunisasi ialah satu proses
                                pembentukan imuniti. Proses ini dilakukan menerusi pemberian
                                vaksin bagi pembentukan antibodi. Cara ini bagi meningkatkan
                                daya ketahanan badan terhadap penyakit.























          Cara Mendapatkan                Cara            Kepentingan:

          Imunisasi:                      Imunisasi:
                                                          • Imunisasi melindungi diri, keluarga dan
          Imunisasi boleh didapati                          komuniti daripada jangkitan penyakit
          secara percuma di klinik                          yang berbahaya seperti polio, hepatitis B
          dan di hospital kerajaan                          dan batuk kering.
          menerusi Program Imunisasi                      • Kos vaksin lebih murah daripada
          Kebangsaan. Di klinik dan           secara        merawat jangkitan. Amalan mencegah
          di hospital swasta, bayaran          oral         lebih baik daripada merawat.
          dikenakan mengikut jenis
                                                            (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
          imunisasi.





                                             secara
                                             suntikan


           24
          KPM
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43