Page 6 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 6

Pendahuluan

           Penghasilan buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan berdasarkan Dokumen
           Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP),  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR)
           Semakan 2017.  Buku  teks  ini  dihasilkan  untuk  melahirkan  murid  yang  berketerampilan
           dalam kemahiran berbahasa selaras dengan aspirasi pendidikan negara yang menekankan
           konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Buku teks ini berupaya untuk membantu guru
           melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan lebih cekap. Kandungan
           buku ini mengandungi sembilan tema, iaitu:


                      Kemasyarakatan                  Kesihatan dan                   Keselamatan
                                                      Kebersihan








                      Perpaduan                       Jati Diri,                      Sains,
                                                      Patriotisme dan                 Teknologi
                                                      Kewarganegaraan                 dan
                                                                                      Inovasi





                      Kelestarian                     ekonomi,                        Integriti
                      Alam                            Keusahawanan
                                                      dan Pengurusan
                                                      Kewangan



                 Setiap tema dibahagikan kepada tiga unit dan jumlah keseluruhannya 27 unit. Setiap unit
           merangkumi Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis,
           Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa. elemen ini disusun daripada aras mudah kepada
           aras sukar dengan harapan kemahiran dan pengetahuan tersebut dapat dipelajari secara
           ansur maju. Pada akhir setiap tema pula, adanya aktiviti Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan
           dan Penilaian.
                 Kandungan  buku  teks  ini  dipersembahkan  secara  modular  untuk  memudahkan
           murid  menguasai  Standard  Pembelajaran  (SP)  dalam  proses  pembelajaran.  Elemen
           Merentas  Kurikulum  (EMK)  diterapkan  bagi  mempelbagaikan  pengetahuan  dan  kemahiran
           murid.  Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  yang  dijelmakan  dalam  bahan  pula  dapat
           menterjemahkan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif murid. Selain itu, elemen PAK-21 melalui
           penggunaan peta pemikiran dapat menjanakan kemahiran berfikir murid melalui kerangka
           idea yang dicatat.
                 Buku teks ini juga memaparkan pelbagai bahan berunsurkan didik hibur dengan adunan
           teks dan grafik dalam pelbagai reka bentuk dan warna. Persembahan buku ini diharapkan
           dapat memberi murid pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran.
           iv iv
          KPM
          KPM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11