Page 151 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 151
PT (A)
ASPEK A1.4: PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
HURAIAN
• Aktiviti memerhati, menilai, dan memberi bimbingan, menyelia dan mengawal yang dilakukan oleh pihak kepimpinan secara
terancang dan hasilnya direkod dengan sistematik.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk menyelia pelaksanaan operasi organisasi mengikut bidang tugas
- melaksanakan proses memerhati, menilai dan memberi bimbingan terhadap pegawai bawah kawalan.
• Keupayaan pegawai untuk mencerap pelaksanaan operasi organisasi mengikut bidang tugas
- pencerapan ialah proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP menggunakan instrumen yang ditetapkan.
• Keupayaan pegawai untuk memantau operasi organisasi mengikut bidang tugas
- aktiviti menyelia, mengawal, dan memerhati yang dilakukan oleh pihak kepimpinan secara terancang dan hasilnya direkod dengan
sistematik.
• Keupayaan pegawai untuk memberi bimbingan profesional mengikut bidang tugas
- memberikan tunjuk ajar secara profesional berkaitan bidang tugas terhadap pegawai bawah kawalan.
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• borang pencerapan
• buku log
• jadual pencerapan dan penyeliaan
• minit mesyuarat
• takwim aktiviti
• dokumen perancangan tahunan organisasi
• laporan WAYS
• laporan OPPM
• dokumen lain yang berkaitan
Garis Panduan Instrumen 117

