Page 159 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 159
PT (A)
ASPEK A2.3: PEMBANGUNAN FIZIKAL
HURAIAN
• Proses mengurus, membangun, menyelenggara prasarana dan aset dalam organisasi.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk mengurus pembangunan fizikal mengikut bidang tugas
- mengikut prinsip dan amalan terbaik dalam urusan persekitaran dan kemudahan fizikal
- melaksanakan strategi untuk meningkatkan keadaan persekitaran dan kemudahan fizikal yang lebih selamat dan kondusif
• Keupayaan pegawai untuk mengurus aset mengikut bidang tugas
- keseluruhan harta modal dan inventori (harta modal bernilai rendah) diurus secara cekap dengan melaksanakan semakan stok,
penyelenggaraan, dan pelupusan
• Keupayaan pegawai untuk mengurus penyelenggaraan aset mengikut bidang tugas
- semua penyelenggaraan dilakukan mengikut prosedur
• Keupayaan pegawai untuk melapor pembangunan fizikal, aset, dan penyelenggaraan mengikut bidang tugas
- memantau pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal institusi bagi memastikan prinsip dan peraturan dipatuh
- menyediakan pelaporan
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• rekod pembangunan fizikal, aset dan penyelenggaraan dalam bidang berkenaan
• senarai daftar harta modal
• senarai daftar aset bernilai rendah
• minit mesyuarat jawatankuasa pengurusan aset
• fail/ dokumen lain yang berkaitan
Garis Panduan Instrumen 125

