Page 161 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 161
PT (A)
ASPEK A2.4: SUMBER MANUSIA
HURAIAN
• Merancang dan mengurus keperluan, kepakaran, pembangunan potensi, dan laluan kerjaya.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk merancang penggunaan sumber manusia bawah kawalan
- merancang keperluan kakitangan berdasarkan waran perjawatan
- merancang keperluan latihan yang sesuai untuk kakitangan
• Keupayaan pegawai untuk mengurus keperluan sumber manusia bawah kawalan
- menggunakan kepakaran kakitangan bawah kawalan secara strategik untuk mencapai visi dan misi
- menentukan tugasan berdasarkan keupayaan pegawai
• Keupayaan pegawai untuk mengoptimumkan penggunaan kepakaran sumber manusia bawah kawalan
- menyediakan perancangan dan pelan pembangunan potensi kakitangan bawah kawalan
- berkongsi kepakaran dengan sumber manusia bawah kawalan
• Keupayaan pegawai untuk membangunkan potensi sumber manusia bawah kawalan
- menggilap keupayaan kakitangan bawah kawalan mengikut potensi masing-masing
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Semakan Bahan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• sijil kelulusan perjawatan
• fail perkhidmatan
• jadual waktu
• carta organisasi
• takwim latihan kakitangan
• laporan PLC/ LDP/ eSPLG
• dokumen lain yang berkaitan
Garis Panduan Instrumen 127

