Page 152 - Matematik_Tingkatan_2
P. 152

Bab 8 Graf Fungsi                                                                                                                                                                     Bab 8 Graf Fungsi














                                                            Indeks Jisim  Badan  (IJB) ialah  satu
                                                            ukuran anggaran lemak  di dalam badan                                                                        René Descartes (1596-1650), menyatakan
           ANDA AKAN MEMPELAJARI                            berdasarkan  berat  dan tinggi  seseorang.                                                                   bahawa fungsi ialah hubungan matematik
                                                            Ukuran IJB yang tinggi ialah  tanda                                                                          antara dua pemboleh ubah. Perkataan ‘fungsi’
                                                            kandungan lemak yang banyak. Hitungkan                                                                       telah  diperkenal  oleh  Gottfried  Wilhelm
             8.1    Fungsi                                  IJB anda.                                                                                                    Leibniz (1646-1716) dalam bukunya. Idea

                                                                                                                                                                         konsep fungsi ini disambung oleh Leonhard
             8.2    Graf Fungsi
                                                                                                                                                                         Euler (1707-1783) dan beliau memperkenal
                                                                                                                                                                         tatatanda fungsi, iaitu y = f (x).





                                                                                                                                                                                 Untuk maklumat lanjut:






    BAB 8                                                                                                                                                                    http://rimbunanilmu.my/mat_t2/ms145       BAB 8



                 RANGKAI KATA

           •  Graf fungsi        •  Graph of function
           •  Fungsi             •  Function                                                                                                                        MASLAHAT BAB INI
           •  Pemboleh ubah      •  Variable
           •  Hubungan           •  Relation                                                                                                                           Fungsi banyak diaplikasikan dalam bidang
                                                                                                                                                                       ekonomi,  teknologi, sains, kejuruteraan,
           •  Persamaan linear   •  Linear equation                                                                                                                    perbankan dan matematik.  Kerjaya yang
           •  Jadual nilai       •  Table of value                                                                                                                     memerlukan pengetahuan tentang fungsi,
           •  Fungsi linear      •  Linear function                                                                                                                    antaranya ialah jurutera, ahli ekonomi,
           •  Fungsi bukan linear  •  Non-linear function                                                                                                              juruaudit, pensyarah dan pegawai bank.
           •  Skala              •  Scale                                                                                                                              Melalui fungsi indeks pasaran saham, kita
           •  Fungsi salingan    •  Reciprocal function                                                                                                                dapat meramalkan masa yang sesuai untuk
           •  Fungsi kubik       •  Cubic function                                                                                                                     membeli atau menjual sesuatu saham.
           •  Fungsi kuadratik   •  Quadratic function





                                                                                                                                                                                                             145
         144                                                                                                                                                                                                 145
         144
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157