Page 104 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 104

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1



                                             (iv)      Bayaran  deposit  untuk  Security  Drawing  atau
                                                       Security Document hendaklah dibuat dalam bentuk
                                                       draf  bank  daripada  bank  yang  berlesen  dan
                                                       beroperasi  di  Malaysia  atau  kiriman  wang  pos
                                                       (money  order)  atau  wang  kiriman  pos berpalang
                                                       (postal  order),  dan  dibayar  atas  nama  Majlis
                                                       Amanah  Rakyat.  Wang  tunai atau  cek tidak boleh
                                                       diterima.

                                             (v)       Pusat  hendaklah  mengadakan  peruntukan  dalam
                                                       dokumen  tender  di  mana  petender  dikehendaki
                                                       memberi  Aku  Janji  untuk  tidak  menzahirkan
                                                       (reproduce)  dan  tidak  membocorkan  apa-apa
                                                       maklumat       dalam     Security     Drawing/Security
                                                       Document  dan  untuk  mengembalikan  Security
                                                       Drawing/Security  Document          kepada     M A R A
                                                       seperti  yang dinyatakan dalam dokumen tender.

                           (iv)   Penjualan Dokumen Tender

                                  (a)    Penjualan  dokumen  hendaklah  berasaskan  syarat-syarat yang
                                         dinyatakan dalam iklan tender.

                                  (b)    Pusat hendaklah meletakkan contoh dokumen tender yang dijual
                                         ditempat    menjual     tender  untuk      membolehkan  petender
                                         menyemak  dokumen  tender  tersebut  sebelum  membuat
                                         pembelian.

                                  (c)    Satu petender hanya dibenarkan membeli satu dokumen tender
                                         dan  mengemukakan  satu  tawaran  tender  sahaja.  Tawaran
                                         alternatif adalah tidak dibenarkan.


                           (v)    Tempoh Sah Laku Tender

                                  (a)    Sebelum  sesuatu  tender  dipelawa,  satu  jadual  pelaksanaan
                                         hendaklah  disediakan  bagi  menunjukkan anggaran masa untuk
                                         setiap  peringkat  dari  tarikh  penyediaan  spesifikasi  sehingga
                                         keputusan  dibuat.  Contoh  jadual  pelaksanaan  bagi  tender
                                         Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja adalah seperti di Lampiran M.

                                  (b)    Tempoh  sah laku  tender yang munasabah hendaklah ditetapkan
                                         dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:




                                                         M.S. 39/132
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109