Page 107 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 107

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1

                                  (f)    Deposit  tender  bagi  petender  yang  tidak  berjaya  hendaklah
                                         dikembalikan  setelah  tender  itu  di  setuju  terima  oleh petender
                                         yang  berjaya  atau  selepas  tamatnya  tarikh  sah  laku  tender.
                                         Deposit  petender  yang  berjaya  hendaklah dikembalikan selepas
                                         Bon Pelaksanaan diterima.


                           (vii)  Pengiklanan

                                  (a)    Pengiklanan Tender Tempatan

                                         (1)    Semua  pelawaan  tender  tempatan  hendaklah diiklankan
                                                dalam  portal  MARA  dan  sekurang-kurangnya  satu  (1)
                                                akhbar  harian  utama  Bahasa  Melayu.  Kandungan iklan
                                                tender  hendaklah  jelas,  kemas,  ringkas  dan  tidak
                                                mendatangkan apa-apa keraguan atau pembaziran.


                                         (2)    Kandungan  iklan  tender  hendaklah  menyatakan perkara-
                                                perkara berikut:

                                                (i)    Pusat yang memanggil tender;

                                                (ii)   Tajuk tender yang diiklankan;

                                                (iii)   Jenis  tender,  sama  ada  terbuka  dan/atau  khas
                                                       Bumiputera;

                                                (iv)   Syarat-syarat kelayakan petender:

                                                        (a)    Bagi tender bekalan dan/atau perkhidmatan
                                                               berdaftar dengan Kementerian Kewangan di
                                                               bawah  kod  bidang  dan  sub-bidang  yang
                                                               berkenaan; atau

                                                        (b)    Bagi tender kerja – berdaftar dengan CIDB
                                                               dan  mempunyai  Perakuan  Pendaftaran
                                                               Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehaan Kerja
                                                               Kerajaan  (SPKK)  dalam  gred  dan  kategori
                                                               yang berkenaan;

                                                (v)    Tempat,  tarikh  dan  masa  dokumen  tender dijual;

                                                (vi)   Tempat,  tarikh  dan  masa  bagi  taklimat/lawatan
                                                       tapak/premis (jika berkenaan). Jika syarat sesuatu
                                                       urusan     tender    mewajibkan     kehadiran  untuk
                                                       lawatan  tapak  atau  sesi  taklimat,  maka  Pusat
                                                       hendaklah mensyaratkan bahawa hanya penama di
                                                       dalam  Perakuan  Pendaftaran Kontrak  (PPK),  Sijil


                                                         M.S. 42/132
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112