Page 133 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 133

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1



                           (v)    Laporan Pelaksanaan Projek

                                  Semua  Pegawai  Pemegang  Waran/Pemegang  Waran  Kecil
                                  dikehendaki  mengemukakan  laporan  pelaksanaan  projek  gotong
                                  royong  secara  berkala  bagi  setiap  separuh  tahun  pertama  dan
                                  kedua  kepada Pegawai Pengawal masing-masing seperti format di  1
                                  Pekeling Perbendaharaan  (1PP)  Lampiran  2.25  PK  2/2013  AP.
                                  Laporan juga hendaklah dikemukakan oleh setiap  Kementerian  yang
                                  berkenaan kepada Kementerian Kewangan bagi setiap separuh tahun
                                  pertama  dan  kedua  (sebelum  31  Julai  dan  31  Januari  tahun
                                  berikutnya).


                   14.     Tatacara  Pembelian  Tanah  Daripada  Perseorangan,  Syarikat  Dan
                           Perbadanan

                           (i)   Tatacara  ini  terpakai  bagi  semua  Kementerian/Agensi  yang  diberi
                                 peruntukan/pembiayaan  Kerajaan  Persekutuan  sama  ada  melalui
                                 geran  peruntukan  atau  pinjaman  dan  sama  ada  pembiayaan
                                 sepenuhnya atau sebahagian daripada kos projek/perbelanjaan.

                          (ii)   Pembelian tanah berbentuk:

                                 (a)     Tanah kosong mengikut peraturan berkaitan yang ditetapkan
                                         oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau

                                 (b)     Tanah beserta dengan bangunan sama ada bangunan telah
                                         siap atau sedang dalam pembinaan (termasuk pembelian di
                                         dalam sesuatu skim strata).

                          (iii)   Pembelian adalah tertakluk kepada peruntukan yang  mencukupi dan
                                 hendaklah  dibuat  melalui  Pesuruhjaya  Tanah  Persekutuan (PTP)
                                 dan dipindah milik serta didaftarkan di atas nama PESURUHJAYA
                                 TANAH PERSEKUTUAN.


                          (iv)   Pembelian  tanah  milik  orang  perseorangan,  syarikat  dan
                                 perbadanan  dibenarkan  sekiranya  pemilik  berkenaan  telah
                                 mempunyai  hak  milik  bagi  tempoh  sekurang-kurangnya  5  tahun
                                 serta bebas daripada sebarang bebanan dan syarat kegunaan yang
                                 akan  menghalang  daripada  sebarang  pembangunan  yang
                                 dicadangkan.  Pembelian  tanah  di  bawah  pada  (ii)(a)  beserta
                                 cadangan membina infrastruktur atau cadangan membina bangunan
                                 oleh  pemilik  tanah  tidak  dibenarkan.  Format  senarai  semak  boleh
                                 didapati di 1Pekeliling Perbendaharaan PK2.1 klausa 14(v) lampiran
                                 2.25(a).


                                                         M.S. 68/132
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138