Page 130 - TATACARA PELAKSANAAN KURSUS KEUSAHAWANAN ONLINE (1)
P. 130

Bahagian Pengurusan Aset Dan Perolehan                                           PK 2.1

                                  (c)    Kuasa Untuk Menandatangani Kontrak

                                         (1)    Semua  kontrak  hendaklah  ditandatangani  oleh  Ketua
                                                Perwakilan bagi negara yang berkenaan.

                                  (d)    Kuasa  Untuk  Meluluskan  Arahan  Perubahan  (Variation
                                         Order) Bagi Kontrak Kerja

                                          (1)   Sebelum arahan perubahan diluluskan, Ketua Perwakilan
                                                hendaklah  memastikan  bahawa  perubahan-perubahan
                                                yang  dibuat  adalah  benar-benar  diperlukan  dan  ada
                                                peruntukan  yang mencukupi bagi menampung tambahan
                                                tersebut.

                                          (2)   Pihak  berkuasa  bagi  meluluskan  perubahan    tersebut
                                                adalah seperti berikut:-
                                                       Nilai Perubahan              Pihak Berkuasa
                                             a.  Jika harga asal kontrak tidak   Ketua Perwakilan di negara
                                                  melebihi  RM  7  juta  dan        yang berkenaan atau mana-
                                                  perubahan  terkumpul  yang        mana  pegawai  yang  tidak
                                                  dicadangkan  tidak  melebihi      rendah  dari  Gred  48  atau
                                                  30%,  ATAU  jika  harga  asal     yang  setaraf  dengannya
                                                  kontrak  melebihi  RM  7  juta    yang  diberi  kuasa  secara

                                                  tetapi  perubahan  terkumpul      bertulis     oleh      Ketua
                                                  yang    dicadangkan      tidak    Perwakilan.
                                                  melebihi RM 2 juta.

                                             b.  Dalam hal lain.                    Ketua     Setiausaha
                                                                                    Perbendaharaan

                                  (e)    Peraturan-Peraturan lain

                                         Bagi  perkara-perkara  lain  yang  tidak  dinyatakan, peraturan-
                                         peraturan  yang  dikeluarkan  dari  semasa  ke  semasa
                                         hendaklah diguna pakai.

                   13.  Pelaksanakan Projek-Projek Kecil Secara Gotong Royong

                         Gotong royong adalah satu konsep kerja beramai-ramai secara bermuafakat
                         untuk  menyempurnakan  sesuatu  kerja  tanpa  mengharapkan  keuntungan
                         kewangan.  Kerja-kerja  secara  bergotong  royong  bertujuan  mewujudkan
                         semangat  kerjasama  di  kalangan  anggota  masyarakat  di  samping
                         mengeratkan hubungan antara Kerajaan dengan rakyat.






                                                         M.S. 65/132
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135